Selamat Datang Ke Kedai Online Kami:

MyQalam Quran ReadPen

PEN AL-QURAN TERLARIS DIPASARAN ANDA MESTI MEMILIKINYA KERANA PELBAGAI FUNGSI YANG TIDAK

Hijra Taawaf (Jam Tangan Tawaf)

Sebuah jam yang sangat bermanfaat dan bagus digunakan untuk kesihatan. Malah ianya amat sesuai dengan jiwa anak muda zaman kini kerana paparannya yang menarik dan warna strap yang boleh dipilih mengikut warna kegemaran masing.

Produk Muslim

Tiga Produk yang sedang laris dan telah dibacakan 30 Juzuk Al-Quran dan lain-lain doa mustajab untuk pelbagai Maksud.

Kon Aromaterapi (Strong Aroma) 50 pc

Diperbuat dari serbuk kayu dan pati minyak wangi import yang bermutu dan halal, kon dicelup dalam pati minyak wangi (bukan dispray seperti produk kon lain di pasaran).

Produk-produk di Kedai Hardin Hijrah

Pelbagai produk yang menarik dijual kepada anda. Datanglah ke kedai kami di Giant Tambun Ipoh.

Wednesday 4 July 2012

Kombinasi Novel CINTAKU KERANA AGAMAMU dan CINTA HIGH CLASS



Kombinasi Novel 

"CINTAKU KERANA AGAMAMU (Dr. Farhan Hadi) 
dan Novel CINTA HIGH CLASS (Fatimah Syarha)"


Cinta High Class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oeh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. Cintaku kerana agama-Mu. Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang terbaik. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.

Kekuatan Novel

1.Fikrah yang sahih dan jernih.
Setiap fikrah yang cuba disampaikan kepada masyarakat dalam novel ini dirujuk terlebih dahulu daripada rujukan yang sahih dan buku-buku karangan ulama muktabar.

2. Ditulis oleh kombinasi 2 pengarang best seller.
Kisah di dalam dua novel ini mempunyai watak yang sama, cuma situasi, latar dan sudut pandangnya berbeza. Ada sudut pandang wanita dan ada sudut pandang lelaki. Adil. Novel ini sudah sekian lama ditunggu peminat. Ia hadir atas desakan peminat yang meminta sambungan terhadap kombinasi 2 novel bestseller terdahulu iaitu Denyut Kasih Medik (Dr. Farhan Hadi) dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (Fatimah Syarha).

3.Isu yang evergreen.
Membawakan sirah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan hari ini khususnya dalam aspek bercinta selepas bernikah.

4.Isu yang digemari ramai iaitu isu cinta.
Menjelaskan pengurusan cinta sebelum bernikah dan selepas bernikah.

5. Mengetengahkan watak protaganis (utama) yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan Islam yang sempurna.
Sesuai untuk mempengaruhi sub-concious mind pembaca.

6. Ringan, santai, jalan cerita mudah difahami.
 Sesuai untuk semua peringkat umur dan seisi keluarga.

7. Setiap ungkapan watak memotivasi dan menyentuh.

8. Ceritanya praktikal, realistik, menggerakkan amal dan mudah dicontohi.

9. Membekalkan remaja dengan hujah dalam menangkis cabaran di alam remaja dan mempersiapkan diri untuk menempuhi cabaran awal berumah tangga.

10. Kepelbagaian latar tempat.
Di semenanjung dan di S arawak, di dalam negara dan di luar negara (Damsyiq).

Kelainan Novel

  1. Hampir tiada (jarang) novel atau drama di Malaysia yang mendedahkan konsep fiqh al-awlawiyat dalam pemilihan pasangan dan menjalani alam pertunangan serta pernikahan.
Novel ini mendedahkan kepada masyarakat bahawa dalam Islam, ada perkara yang baik dan ada perkara yang LEBIH BAIK. Ada adat yang bercanggah syariat. Ada adat yang selari syariat dan elok diraikan.
Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain. Untuk diri mereka sendiri, mereka akan cuba mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat. Dan ini barulah high class.

  1. Hampir tiada novel atau drama yang mengetengahkan fikrah ‘berkahwin satu’ atau ‘poligami’ dengan merujuk fikrah sebenar para ulama muktabar. Mana yang lebih prioriti.
Akibatnya, ada yang berlebih-lebihan dengan menonjolkan aspek buruk sahaja berkenaan poligami.
Ada juga yang mengambil mudah dengan mencanangkan bahawa poligami itu sunnah, hinggakan orang-orang yang jahil agama mengambil kesempatan untuk berwenang-wenang.
Para ulama meletakkan prioriti bahawa berkahwin satu lebih baik berbanding poligami dalam situasi normal.
Novel ini menjernihkan kekeliruan sesetengah pihak yang terdorong untuk bernikah lagi kerana menganggap poligami itu sunnah (dengan kefahaman ia suatu yang digalakkan dan dituntut agama).
Novel ini menjelaskan bahawa ‘berkahwin satu’ adalah sunnah Rasulullah SAW selama 25 tahun dan berpoligami adalah sunnah Rasulullah selama 10 tahun.
Dari aspek feqah, poligami bukanlah sunnah (mustahab). Ia cuma harus (mubah). Terbuka pada pilihan. Ia bukan suatu galakan agama. Ia cuma suatu bentuk alternatif ketika ada keperluan mendesak.
(Fikrah ini merujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.)

  1. Hampir tiada novel atau drama di Malaysia yang mendedahkan hak-hak lelaki dan wanita yang perlu diketahui sejak sebelum bernikah.
Bibit-bibit awal keretakan rumah tangga boleh dielakkan seawal sebelum bernikah. Novel ini mendedahkan ilmu dan hak-hak lelaki dan wanita sebelum dan selepas berumah tangga.

  1. Hampir tiada novel atau drama di Malaysia yang menonjolkan aspek menguruskan cinta sebelum nikah dengan jalan ‘mujahadah’.
Sebelum bernikah, tiada smscall atau chatting pada urusan yang tidak perlu. Tiada dating. Tiada khalwat. Berkomunikasi sebatas urusan. Tapi taaruf tetap dapat berjalan selama tempoh pertunangan. Ia dapat menyelesaikan kerisauan masyarakat, “Kalau tak couple, macam mana nak kenal?” Novel ini membuktikan boleh je kenal, dengan jalan yang lebih terjaga.

Nilai-nilai Tarbiah yang Ada Dalam Novel

  1. Mengukuhkan pembinaan individu Muslim.
-Perjuangan Dr. As-Soolihul Muslih dan Qani’ah Syumaila mempersiapkan peribadi Muslim dalam setiap aspek kehidupan mereka.
-Memberi tunjuk ajar dalam menguruskan sebuah persahabatan (sesama jantina) sebagai latihan awal mempersiapkan kemahiran komunikasi dan seni memenangi hati sebelum terjun ke alam rumah tangga yang lebih mencabar.

  1. Mengukuhkan pembinaan keluarga Muslim.
-Pasrahnya hati Dr. As-Soolihul Muslih memilih berdasarkan faktor agama berbanding faktor-faktor lain membuahkan keberuntungan yang dijanjikan Nabi.
-Menjelaskan bagaimana membuat kolaborasi apabila ada pertembungan fikiran antara orang muda dengan orang tua.
-Mencipta aspek-aspek praktikal dalam mewujudkan rumah tangga penuh cinta, lembut dan sabar.

  1. Mengukuhkan pembinaan masyarakat Muslim.
Membantu masyarakat berbaik sangka dalam kondisi individu yang berbeza-beza.

  1. Membuktikan bahawa bercinta selari syariat, jauh lebih ‘high class’.
Indahnya saat menahan, bila ‘berbuka’ penuh keterujaan.

Dapatkan Segera pada harga W/M:RM22.00 E/M:RM24.00

Jika berminat sila klik SINI