Selamat Datang Ke Kedai Online Kami:

Saturday, 23 June 2012

Tuhan Sedang Menguji Kita




KUALA LUMPUR - Berbekalkan pengalaman selama 22 tahun sebagai penceramah kini diterjemahkan dalam bentuk tulisan - buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita - untuk dijadikan panduan semua pihak.
Mohammad Kazim Elias berkata, buku tersebut adalah kisah peribadinya yang melalui liku-liku kehidupan sebagai penceramah.
Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan yang ditempuhi antaranya kesusahan, masalah keluarga, sakit dan pelbagai lagi.
“Namun itu adalah dugaan yang diberikan oleh ALLAH kepada saya, bagaimana untuk menghadapi masalah yang melanda kerana ia merangkumi semua aspek.
“Berkat kesabaran dan panduan yang diberi oleh ALLAH melalui kitabnya iaitu al-Quran saya dapat mengatasinya. Oleh saya terjemahkan dalam buku bagi kita sama-sama menjadikan ia panduan,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Tuhan Sedang Menguji Kita yang disempurnakan oleh Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.
Selain daripada menjadi penceramah beliau turut menubuhkan Sekolah Maahad Tahfiz dan pondok moden yang dinamakan Pusat Pendidikan Al-Barakah.
Mohammad Kazim yang turut dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias berkata, ini merupakan buku yang keenam diterbitkan dan pertama oleh Karangkraf.
Katanya, ia mempunyai pengisian yang amat baik dibahagikan kepada lapan bahagian antaranya, kita lupa ketika senang, manisnya ujian ALLAH, salahkah berkahwin muda dan pelbagai lagi.
Beliau berkata, penerbitan buku ini juga secara tidak langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan bimbingan dan panduan.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata, orang ramai harus memiliki buku tersebut kerana pengisian amat berguna untuk kehidupan seharian.
Tambah beliau lagi, jangan hanya menilai sesebuah buku melalui luaran tanpa membaca isi kandungannya.
“Setiap buku mempunyai nilainya tersendiri, kita harus membacanya maka kita akan memahami apa yang hendak disampaikan.
“Kenapa barang berharga boleh dibeli tetapi sebuah buku yang bernilai puluhan ringgit tidak mampu dibeli malah di dalam penuh dengan ilmu yang begitu tinggi nilainya,” katanya.



Dipetik dari akhbar Sinar Harian - 1 Mei 2012



Kini telah berada di Kedai Hardin Hijrah.


Harga : RM 19.90 Sahaja (Edisi Kulit Keras sudah habis)


Untuk membuat pembelian sila klik SINI

Produk Berkaitan:

0 comments:

Post a Comment

 

Klik SINI Untuk Membeli Secara Online

X