Selamat Datang Ke Kedai Online Kami:

MyQalam Quran ReadPen

PEN AL-QURAN TERLARIS DIPASARAN ANDA MESTI MEMILIKINYA KERANA PELBAGAI FUNGSI YANG TIDAK

Hijra Taawaf (Jam Tangan Tawaf)

Sebuah jam yang sangat bermanfaat dan bagus digunakan untuk kesihatan. Malah ianya amat sesuai dengan jiwa anak muda zaman kini kerana paparannya yang menarik dan warna strap yang boleh dipilih mengikut warna kegemaran masing.

Produk Muslim

Tiga Produk yang sedang laris dan telah dibacakan 30 Juzuk Al-Quran dan lain-lain doa mustajab untuk pelbagai Maksud.

Kon Aromaterapi (Strong Aroma) 50 pc

Diperbuat dari serbuk kayu dan pati minyak wangi import yang bermutu dan halal, kon dicelup dalam pati minyak wangi (bukan dispray seperti produk kon lain di pasaran).

Produk-produk di Kedai Hardin Hijrah

Pelbagai produk yang menarik dijual kepada anda. Datanglah ke kedai kami di Giant Tambun Ipoh.

Wednesday, 4 July 2012

Kombinasi Novel CINTAKU KERANA AGAMAMU dan CINTA HIGH CLASS



Kombinasi Novel 

"CINTAKU KERANA AGAMAMU (Dr. Farhan Hadi) 
dan Novel CINTA HIGH CLASS (Fatimah Syarha)"


Cinta High Class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oeh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga. Cintaku kerana agama-Mu. Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang terbaik. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.

Kekuatan Novel

1.Fikrah yang sahih dan jernih.
Setiap fikrah yang cuba disampaikan kepada masyarakat dalam novel ini dirujuk terlebih dahulu daripada rujukan yang sahih dan buku-buku karangan ulama muktabar.

2. Ditulis oleh kombinasi 2 pengarang best seller.
Kisah di dalam dua novel ini mempunyai watak yang sama, cuma situasi, latar dan sudut pandangnya berbeza. Ada sudut pandang wanita dan ada sudut pandang lelaki. Adil. Novel ini sudah sekian lama ditunggu peminat. Ia hadir atas desakan peminat yang meminta sambungan terhadap kombinasi 2 novel bestseller terdahulu iaitu Denyut Kasih Medik (Dr. Farhan Hadi) dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (Fatimah Syarha).

3.Isu yang evergreen.
Membawakan sirah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan hari ini khususnya dalam aspek bercinta selepas bernikah.

4.Isu yang digemari ramai iaitu isu cinta.
Menjelaskan pengurusan cinta sebelum bernikah dan selepas bernikah.

5. Mengetengahkan watak protaganis (utama) yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan Islam yang sempurna.
Sesuai untuk mempengaruhi sub-concious mind pembaca.

6. Ringan, santai, jalan cerita mudah difahami.
 Sesuai untuk semua peringkat umur dan seisi keluarga.

7. Setiap ungkapan watak memotivasi dan menyentuh.

8. Ceritanya praktikal, realistik, menggerakkan amal dan mudah dicontohi.

9. Membekalkan remaja dengan hujah dalam menangkis cabaran di alam remaja dan mempersiapkan diri untuk menempuhi cabaran awal berumah tangga.

10. Kepelbagaian latar tempat.
Di semenanjung dan di S arawak, di dalam negara dan di luar negara (Damsyiq).

Kelainan Novel

  1. Hampir tiada (jarang) novel atau drama di Malaysia yang mendedahkan konsep fiqh al-awlawiyat dalam pemilihan pasangan dan menjalani alam pertunangan serta pernikahan.
Novel ini mendedahkan kepada masyarakat bahawa dalam Islam, ada perkara yang baik dan ada perkara yang LEBIH BAIK. Ada adat yang bercanggah syariat. Ada adat yang selari syariat dan elok diraikan.
Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain. Untuk diri mereka sendiri, mereka akan cuba mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat. Dan ini barulah high class.

  1. Hampir tiada novel atau drama yang mengetengahkan fikrah ‘berkahwin satu’ atau ‘poligami’ dengan merujuk fikrah sebenar para ulama muktabar. Mana yang lebih prioriti.
Akibatnya, ada yang berlebih-lebihan dengan menonjolkan aspek buruk sahaja berkenaan poligami.
Ada juga yang mengambil mudah dengan mencanangkan bahawa poligami itu sunnah, hinggakan orang-orang yang jahil agama mengambil kesempatan untuk berwenang-wenang.
Para ulama meletakkan prioriti bahawa berkahwin satu lebih baik berbanding poligami dalam situasi normal.
Novel ini menjernihkan kekeliruan sesetengah pihak yang terdorong untuk bernikah lagi kerana menganggap poligami itu sunnah (dengan kefahaman ia suatu yang digalakkan dan dituntut agama).
Novel ini menjelaskan bahawa ‘berkahwin satu’ adalah sunnah Rasulullah SAW selama 25 tahun dan berpoligami adalah sunnah Rasulullah selama 10 tahun.
Dari aspek feqah, poligami bukanlah sunnah (mustahab). Ia cuma harus (mubah). Terbuka pada pilihan. Ia bukan suatu galakan agama. Ia cuma suatu bentuk alternatif ketika ada keperluan mendesak.
(Fikrah ini merujuk buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.)

  1. Hampir tiada novel atau drama di Malaysia yang mendedahkan hak-hak lelaki dan wanita yang perlu diketahui sejak sebelum bernikah.
Bibit-bibit awal keretakan rumah tangga boleh dielakkan seawal sebelum bernikah. Novel ini mendedahkan ilmu dan hak-hak lelaki dan wanita sebelum dan selepas berumah tangga.

  1. Hampir tiada novel atau drama di Malaysia yang menonjolkan aspek menguruskan cinta sebelum nikah dengan jalan ‘mujahadah’.
Sebelum bernikah, tiada smscall atau chatting pada urusan yang tidak perlu. Tiada dating. Tiada khalwat. Berkomunikasi sebatas urusan. Tapi taaruf tetap dapat berjalan selama tempoh pertunangan. Ia dapat menyelesaikan kerisauan masyarakat, “Kalau tak couple, macam mana nak kenal?” Novel ini membuktikan boleh je kenal, dengan jalan yang lebih terjaga.

Nilai-nilai Tarbiah yang Ada Dalam Novel

  1. Mengukuhkan pembinaan individu Muslim.
-Perjuangan Dr. As-Soolihul Muslih dan Qani’ah Syumaila mempersiapkan peribadi Muslim dalam setiap aspek kehidupan mereka.
-Memberi tunjuk ajar dalam menguruskan sebuah persahabatan (sesama jantina) sebagai latihan awal mempersiapkan kemahiran komunikasi dan seni memenangi hati sebelum terjun ke alam rumah tangga yang lebih mencabar.

  1. Mengukuhkan pembinaan keluarga Muslim.
-Pasrahnya hati Dr. As-Soolihul Muslih memilih berdasarkan faktor agama berbanding faktor-faktor lain membuahkan keberuntungan yang dijanjikan Nabi.
-Menjelaskan bagaimana membuat kolaborasi apabila ada pertembungan fikiran antara orang muda dengan orang tua.
-Mencipta aspek-aspek praktikal dalam mewujudkan rumah tangga penuh cinta, lembut dan sabar.

  1. Mengukuhkan pembinaan masyarakat Muslim.
Membantu masyarakat berbaik sangka dalam kondisi individu yang berbeza-beza.

  1. Membuktikan bahawa bercinta selari syariat, jauh lebih ‘high class’.
Indahnya saat menahan, bila ‘berbuka’ penuh keterujaan.

Dapatkan Segera pada harga W/M:RM22.00 E/M:RM24.00

Jika berminat sila klik SINI



Saturday, 23 June 2012

Sirah Teragung Muhammad SAW

Daripada penulis Bestseller Tafsir Perkata dan Asbabun Nuzul yang terjual lebih 200,000 naskah. Kini, Dr. Ahmad Hatta, tampil dengan karyanya yang terbaru,


"Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-Detik Terakhir"

KEISTIMEWAAN BUKU:


  • Isi yang sistematik dan berkronologi berdasarkan buku-buku perjalanan Rasulullah SAW yang diakui (mu'tabar)
  • Dilengkapi gambar-gambar EKSKLUSIF mulai daripada kelengkapan Rasulullah SAW, keluarga beliau dan para sahabat.
  • Terdapat ruangan Hikmah dalam setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW
  • Dilengkapi peta, jadual dengan gambar berwarna penuh
  • Berkulit keras
  • 600 mukasurat berwarna 

Percuma CD Album Nasyid Eksklusif Hafiz Hamidun



Dengan setiap naskhah buku Sirah Teragung Muhammad SAW, anda akan menerima CD Album Nasyid Eksklusif oleh Hafiz Hamidun secara percuma.

SENARAI LAGU:

1. Lawkana Bainana
2. Marilah Memuji
3. Dialah Rasulullah
4. Kasih Padamu
5. Hijrah Rasulullah
6. Penyeri Kehidupan (Khadijah RA)
7. Takbir Fisabilillah
8. Muhamma Mustofa
9. Pemergian Rasul

Majlis Pelancaran Sirah Teragung Muhammad SAW


Bersama Hafiz Hamidun pada pelancaran di Pesta Buku Antarabangsa KL 2012, PWTC (4 Mei 2012). Buku Sirah Teragung Muhammad SAW juga telah muncul dalam liputan akhbar Metro - [baca]

Buku ini sungguh istimewa kerana:
1. Penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah saw seolah olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah sendiri dari sejak kelahiran Baginda sehinggalah membawa kepada kewafatannya.

2. Setiap helaian kertas adalah berwarna dan dilengkapi dengan gambar gambar eksklusif berkaitan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda. Ia sangat membantu untuk mendalami dan merasakan sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah dan para sahabat.

3. Gambarajah perang, peta perjalanan Rasulullah, carta alir peristiwa, jadual ringkasan peristiwa, kolum hikmah dari setiap peristiwa semuanya disajikan bagi memudahkan pembaca memahami dan mengingati sirah Rasulullah saw.

4. Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.


Promo Buku "Sirah Teragung Muhammad SAW" + Album Eksklusif Hafiz Hamidun



Harga : RM 280 (Tidak termasuk Pos)
Pos : RM 10
Jika berminat sila klik SINI




Tuhan Sedang Menguji Kita




KUALA LUMPUR - Berbekalkan pengalaman selama 22 tahun sebagai penceramah kini diterjemahkan dalam bentuk tulisan - buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita - untuk dijadikan panduan semua pihak.
Mohammad Kazim Elias berkata, buku tersebut adalah kisah peribadinya yang melalui liku-liku kehidupan sebagai penceramah.
Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan yang ditempuhi antaranya kesusahan, masalah keluarga, sakit dan pelbagai lagi.
“Namun itu adalah dugaan yang diberikan oleh ALLAH kepada saya, bagaimana untuk menghadapi masalah yang melanda kerana ia merangkumi semua aspek.
“Berkat kesabaran dan panduan yang diberi oleh ALLAH melalui kitabnya iaitu al-Quran saya dapat mengatasinya. Oleh saya terjemahkan dalam buku bagi kita sama-sama menjadikan ia panduan,” katanya.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Tuhan Sedang Menguji Kita yang disempurnakan oleh Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.
Selain daripada menjadi penceramah beliau turut menubuhkan Sekolah Maahad Tahfiz dan pondok moden yang dinamakan Pusat Pendidikan Al-Barakah.
Mohammad Kazim yang turut dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias berkata, ini merupakan buku yang keenam diterbitkan dan pertama oleh Karangkraf.
Katanya, ia mempunyai pengisian yang amat baik dibahagikan kepada lapan bahagian antaranya, kita lupa ketika senang, manisnya ujian ALLAH, salahkah berkahwin muda dan pelbagai lagi.
Beliau berkata, penerbitan buku ini juga secara tidak langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan bimbingan dan panduan.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata, orang ramai harus memiliki buku tersebut kerana pengisian amat berguna untuk kehidupan seharian.
Tambah beliau lagi, jangan hanya menilai sesebuah buku melalui luaran tanpa membaca isi kandungannya.
“Setiap buku mempunyai nilainya tersendiri, kita harus membacanya maka kita akan memahami apa yang hendak disampaikan.
“Kenapa barang berharga boleh dibeli tetapi sebuah buku yang bernilai puluhan ringgit tidak mampu dibeli malah di dalam penuh dengan ilmu yang begitu tinggi nilainya,” katanya.



Dipetik dari akhbar Sinar Harian - 1 Mei 2012



Kini telah berada di Kedai Hardin Hijrah.


Harga : RM 19.90 Sahaja (Edisi Kulit Keras sudah habis)


Untuk membuat pembelian sila klik SINI

Air Penawar Irham - Ustaz Kazim Elias





Air penawar ini sudah dibaca dengan 30 Juzuk Ayat Al Quran, Doa-doa mustajab Rasulullah SAW, Salawat nabi, Tahlil dan doa selamat. Ia juga telah dibaca doa penerang hati, mengelakkan dari gangguan syaitan, memulihkan tenaga, air selusuh untuk ibu bersalin, doa pelembut hati dan doa penenang jiwa. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu menghadapi peperiksaan, tidak tenang jiwa, orang lemah semangat dan banyak lagi khasiatnya. 

Harga : RM 10 Sahaja

Kami juga menjual kepada pengedar.

Jika berminat sila klik SINI


Wednesday, 20 June 2012

Majalah GEN Q - Isu 11

Majalah GEN Q - Isu 11

Mencari Idola – Penampilan: simbol peribadi atau ikutan? Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).” 


Harga : RM 7 Sahaja

Jika berminat sila klik SINI

Majalah Al Ustaz - Isu No 03


Harga : RM 9 Sahaja

Jika berminat sila klik SINI

Solusi 45 : MEMILIIH AL-FATIH

Solusi 45 : MEMILIIH AL-FATIH

Harga RM 10 Sahaja

Jika bemrinat sila klik sini

Thursday, 14 June 2012

DVD Ceramah Ustaz Kazim Elias




DVD Ceramah Ustaz Kazim Elias (BARU)





DVD Ceramah Ustaz Kazim Elias yang terbaru. Dapatkan ketiga-tiganya dengan segera sementara stok masih ada di Kedai Hardin Hijrah atau beli secara atas talian.

Hanya RM 10 Satu DVD. (Original dari Pusat Al Barakah)

Jika berminat sila klik SINI