Selamat Datang Ke Kedai Online Kami:

Saturday 19 May 2012

Minyak Wangi Kasturi Asli dari Iran



Pelbagai jenis  Minyak Kasturi yang dijual di Hardin Hijrah : Putih, Hitam dan Susu

Kasturi Putih
Kasturi Susu (AMBAR)
Kasturi Hitam

Kasturi Kijang
 

Minyak Wangi Kasturi Asli dari Iran.. Datang segera atau hubungi kami jika ingin membeli secara banyak.

Hanya RM 10 Sebotol 3ml !!!
Jika 3 botol RM 25 Sahaja (Online) tidak termasuk pos.

Mengikut rujukan kitab Al-alqaa'iq dan kitab Jamikaramatal, ketika Nabi Adam diturunkan ke dunia, baginda telah diziarahi oleh sekeekor kijang. Lalu Nabi Adam menghadiahkan sehelai daun dari syurga dan dengan izin Allah SWT memberikan bau KASTURI.
Cara kegunaan

1) Buka penutup Wangian Kasturi.
2) Baca Surah Al-Fatihah 7 kali.
3) Niat dan hembus Wangian Kasturi.
4) Letak di nadi (pergelangan tangan kiri).
5) Gosok sebanyak 3 kali (ikut lawan jam).
6) Hidu Wangian Kasturi dalam-dalam.
7) Gosok di kedua belah kening (kanan dan kiri).


Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.


Riwayat Imam Muslim bahawasanya Sabda nabi s.a.w. “ Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali “ ( Sabilul Muhtadiin m/s 36-37 )


'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kumkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.


 Kijang Jantan

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.


Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.


Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.


Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.


Di dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.


Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia. 

Kasturi bukanlah hanya semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda ( india ) dan barat .Ia nya mampu meredakan penyakit asma, angin medu, selsema, demam, sakit kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran , pendarahan dalaman dan ulser.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

sumber: Madrasah Darul Atiq

Jika berminat sila klik di sini

Produk Berkaitan:

 

Klik SINI Untuk Membeli Secara Online

X